Pages

Saturday 28 February 2015

PETUA NENEK


Assalamualaikum...


Hari ini saya nak share beberapa petua masakan yang saya search dalam internet nie untuk rujukan kawan-kawan (Petua neneK-nenek kita)


A. MENGGORENG TAUHU TIDAK LEKAT
    - Taburkan garam halus di permukaan dan di bawah tauhu sebelum menggoreng


B-MEREBUS TELUR TIDAK RETAK
  -Masukan beberapa asam keping ke dalam rebusan dan rebus dengan api sederhana


C-PETUA HILANGKAN PAHIT PERIA
    - Potong peria dan campurkan garam halus dan rendamkan selama 25 minit...angkat dan toskan peria sedia di masak.




D.CILI MESIN BOLEH TAHAN LAMA

Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. 





E.MENGHARUMKAN BAWANG TUMIS 

Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya ... 




7. Sayur Celur Kelihatan Segar 

Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat. Selamat mencuba ..


8. Petua Kerang mudah dibuka/kopek

Campurkan sesudu minyak masak di dalam air rebusan kerang yang direbus, sekejap saja kerang akan terbuka sedikit drngan sendirinya. Cubalah ...




 9. Hilangkan Hanyir Ikan Keli 

Rendamkan ikan keli yang sudah disiang ke dalam air sagu lebih kurang 5 - 10 minit. Selepas itu basuh ikan keli tersebut dengan air bersih. Ikan keli tersebut tidak akan berbau hanyir apabila dimasak. 



10. Menghilangkan Rasa Pedih Ketika Mengupas Bawang 

Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang. Simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan. Bawang akan lebih mudah dan cepat disiangkan selepas dikeluarkan dari peti sejuk.
atau;
Pedih mata boleh juga dielakkan dengan cara mengupas bawang di dalam air.






No comments:

Post a Comment