Pages

Saturday 28 February 2015

KEK COKLAT MOIST


Assalamualaikum

Kek coklat kek yang paling digemari dalam keluarga..
Lagi2 dengan ditambah dengah coklat yang meleleh...pasti terliur...
Resipi ini saya pelajari daripada kawan saya Maria Aziz yang memang terkenal dengan keknya dikalangan kawan-kawan saya.
Terima kasih kerana tunjuk ajarmu SIFU...





KEK COKLAT MOIST 


Bahan A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C ( Topping )

1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-caranya :

Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus.

Cara-cara membuat topping :

Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping.






No comments:

Post a Comment