Pages

Sunday 29 March 2015

PETUA UNTUK CANCER TAHAP 4





PETUA UNTUK CANCER TAHAP 4

BLENDER SEBIJI EPAL DENGAN 100 HELAI DAUNBELALAI GAJAH...KEMUDIAN MINUM.


Mudah-mudahan dengan petua ini memberi munafaat pada pesakit-pesakit .Kita hanya mampu berusaha dengan keizinanNYA insyaalah...


POPIAH BASAH





POPIAH BASAH


Bahan untuk kulit: (12 kpg)

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara:

Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu. ( kita tak masak sayur sampai layu , kita suka sayur yg crunchy...)

Bahan untuk sambal:

15 tangkai cili kering - kita letak 3-4 je (pantangggg pedassss)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

Cara:

Blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

CARA SETERUSNYA:

1. Campurkan kesemua bahan utk kulit ke dalam mangkok adunan, gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
2. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
3. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu dan kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
4. Setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
5. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal dan letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
7. Lipat macam biasa dan gulung dan sedia untuk dimakan
Selamat Mencuba.

Saturday 21 March 2015

BATANG KELADI ASAM PEDAS





bahan2 : 

3 pokok batang keladi
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
2 sudu besar ikan bilis
3 sudu besar cili giling
11/2 sudu teh pes asam jawa
1 inci belacan
2 batang serai
3 tangkai daun kesum
3 cawan air
Sedikit minyak utk menumis
Gula dan Garam secukup rasa

Cara2 :

Batang keladi disiat ckit kulitnya dan dipotong. Kemudian direbus sebentar dan toskan airnya.  Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Serai dketuk. Daun kesum diambil daun dan pucuknya.

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling, belacan ikan bilis dan serai. Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air. 

Bila mendidih masukkan batang keladi. Masak lagi dan masukkan daun kesum. Biarkan sebentar Perasakan dengan gula dan garam. Agak2 dh nk mendidih lagi bolehlah diangkat.

NONA MANIS



APAM SUSU


Hasil masakan NORIAHANI SAIM


RESIPI APAM SUSU
Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor/pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovallette
4 sudu besar susu pekat manis
4 biji telur
2 sudu minyak masak
Pewarna makanan

Cara-caranya:

1. Pukul atau blend telur bersama gula, esen vanilla dan ovallette hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi hingga sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak.
4. Asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang anda ingini.

Tips:
Jika anda inginkan corak seperti di atas, mulakan tuang adunan ke dalam loyang dari tengah dan selang selikan mengikut warna. Setelah habis adunan dituang, ambil sebatang lidi dan dan buat garisan dari tepi loyang ke tengah untuk hasilkan bentuk kelopak bunga.

5. Setelah selesai, anda akan lihat rupa adunan apam sebelum dikukus seperti di bawah. Pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus selama 45 minit-60 minit atau sehingga apam masak. Periksa dengan cucukan garfu. Jika telah masak, garfu yang dicucuk kelihatan bersih dan tidak melekat dengan adunan.
Untuk pastikan wap air tidak menitik di atas apam semasa dikukus, boleh tutupkan bahagian atas loyang secara longgar dengan aluminium foil atau lapik bahagian dalam tudung pengukus dengan kain dan kukus dengan api sederhana. Jika tidak, apam mungkin akan kelihatan menggelembung atau permukaannya tidak rata dan cantik. Selalunya apam akan naik dua kali ganda dengan adunan asal.Hasil masakan NORIAHANI SAIM

PUDING BUAH NAGA/KOKTAIL





Yang ini Pula hasil masakan Daripada Noriahani saim

PUDING BUAH NAGA/KOKTAIL
Resepi Asal : Chef Hanieliza dari Buku Senangnya Memasak Puding
Sumber dan Olahan Dari : Puding Buah Pic/Laici 

Bahan:-
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 4 cawan air- 
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je, buah naga dah manis)
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 2 tin buah pic (dipotong dadu) - *akak tukar 1 biji buah naga ungu - dipotong kecil
  • baki potongan buah naga - untuk hiasan jika suka
# - Akak hiris buah naga setebal 1 inci dan tekankan straw saiz besar untuk dptkan bentuk potongan seperti dalam puding dan hiasan di atas.

Cara Membuat:-
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan susu cair dan potongan buah pic/laici. Kacau rata.
  3. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
  4. Sejukkan di dalam peti.

KEK PISANG







Assalamualaikum...

Lama rasanya x update blog ini...maklumlah kerja Suri Rumah nie konon2 nya buzy.
Untuk Petang ini Anis nak kongsi Kek Pisang.Tapi bukan Anis yang buat tapi hasil masakan kawan2 ...sekarang zaman dah canggih boleh whatsapp kita masak apa untuk minum petang...daripada bergossip yang bukan2...
Ini lah hasilnya daripada Group whatsapp sentiasa memberi idea dan tunjuk ajar kepada kawan2 yang lain.Daripada tak pakai buat kuih ...sekarang berjenis-jenis kuih telah dipelajari...Suami dan anak-anak pun makin sayang

Kek Pisang ini di buat dalam 2 kaedah :-

Mazlin membuat dalam kaedah Bakar,
manakala,Maria Aziz membuat dalam kaedah Kukus.



Hasil Masakan Mazlin Tasiman
(Secara Bakar)


Hasil Masakan Maria Aziz
(Secara Kukus)





Terima kasih kawan-kawan semua..Ada resipi boleh share sama2 yea...



Wednesday 4 March 2015

JENIS2 TEPUNG

Flours

Tepung adalah bahan asas dalam pembuatan segala jenis roti, mi, kuih-muih, pastri, kek & etc. Ramai yang keliru akan fungsi sesetengah jenis tepung terutama sekali tepung gandum (all purpose flour/ plain flour) & tepung kek (superfine flour). 

Apa yang membezakan setiap jenis tepung adalah kandungan protein di dalamnya yang akan menghasilkan gluten yang diperlukan untuk setiap jenis produk. Di sini ada sedikit maklumat tentang beberapa jenis tepung yang biasa di gunakan.



Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.


Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.





Glutinous rice flour
- Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti & kuih tradisional yang lain.


Plain flour / all purpose flour
-Lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar & halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek & etc...




Superfine flour / cake flour
- Lebih dikenali sebagai tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah & kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum & tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus & ringan.



Self-raising flour
- Tepung ini dikenali sebagai tepung naik sendiri, merupakan campuran superfine flour & agen penaik seperti baking powder & soda bicarbonate. Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake & kek.


High protein flour
- Di kenali sebagai tepung roti, mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal & elastik. Sesuai untuk membuat roti & bun.


Pau flour / Hong kong flour
- Juga dikenali sebagai water lily flour. Tepung ini sangat halus & putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis & kuih muih yang lain.



Wholemeal / wholewheat flour
- Merupakan tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti & bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake & muffin.



Corn flour
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.


Sumber gambar : Google

Ini pula tepung Red Rose atau dikenali juga sebagai tepung biskut (oooo...gituuu...)



Tepung Rose atau Tepung Biskut 
- Rose Flour  ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tiidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jika sukatan tepung jagung  itu tidak terlalu banyak.Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Elok kalau dibuat Biskut Almond London .



Tepung Sagu 
-  Terdiri dari tepung yang glute-free. Dibuat dari bahagian tengah pohon sagu.Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.



Tepung Optima 
-Dikenal  Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan moxer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.


\


Custard powder
- Dikenali sebagai tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan & mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.


 



Tepung Hoen Kwe 
- Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-paket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan Puding.

Tepung Biskut Marie 
-Sejenis tepung yg selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daripada biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehinga betul-betul halus.
Zie tambah sikit :)



Tepung Kanji Kentang 

Zie gunakan untuk memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang @ goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkan lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak setahu zie tepung terigu sama dengan tepung berprotein tinggi - tepung terigu bahasa Indonesia.


Tepung Atta

- Paling ketara sekali sebab tepung nie warna coklat. Ia dibuat dari serat gandum yang tak hancur. Kalau nak guna, pleaseee jangan ayak! nanti kek akan jadi berat. Biasanya, bila nak guna tepung nie, kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.

Biasa Zie beli untuk buat Roti Puri 


Tepung Kacang Hijau


- Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung Gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket berwarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung Hoen Kwee juga tepung kacang yg diimport dari Indonesia untuk membuat kueh tako.

HIMPUNAN RESIPI












Food DIY Tutorials ᴷᴬ












Hari ini saya nak kongsi Food DIY Tutorial...

..
 Dah boleh praktikan nie...Kawan2 apalagi jom buat.