Pages

Saturday, 21 March 2015

PUDING BUAH NAGA/KOKTAIL





Yang ini Pula hasil masakan Daripada Noriahani saim

PUDING BUAH NAGA/KOKTAIL
Resepi Asal : Chef Hanieliza dari Buku Senangnya Memasak Puding
Sumber dan Olahan Dari : Puding Buah Pic/Laici 

Bahan:-
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 4 cawan air- 
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je, buah naga dah manis)
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 2 tin buah pic (dipotong dadu) - *akak tukar 1 biji buah naga ungu - dipotong kecil
  • baki potongan buah naga - untuk hiasan jika suka
# - Akak hiris buah naga setebal 1 inci dan tekankan straw saiz besar untuk dptkan bentuk potongan seperti dalam puding dan hiasan di atas.

Cara Membuat:-
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan susu cair dan potongan buah pic/laici. Kacau rata.
  3. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
  4. Sejukkan di dalam peti.

No comments:

Post a comment