Pages

Wednesday 4 March 2015

JENIS2 TEPUNG

Flours

Tepung adalah bahan asas dalam pembuatan segala jenis roti, mi, kuih-muih, pastri, kek & etc. Ramai yang keliru akan fungsi sesetengah jenis tepung terutama sekali tepung gandum (all purpose flour/ plain flour) & tepung kek (superfine flour). 

Apa yang membezakan setiap jenis tepung adalah kandungan protein di dalamnya yang akan menghasilkan gluten yang diperlukan untuk setiap jenis produk. Di sini ada sedikit maklumat tentang beberapa jenis tepung yang biasa di gunakan.



Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.


Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.





Glutinous rice flour
- Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti & kuih tradisional yang lain.


Plain flour / all purpose flour
-Lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar & halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek & etc...




Superfine flour / cake flour
- Lebih dikenali sebagai tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah & kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum & tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus & ringan.



Self-raising flour
- Tepung ini dikenali sebagai tepung naik sendiri, merupakan campuran superfine flour & agen penaik seperti baking powder & soda bicarbonate. Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake & kek.


High protein flour
- Di kenali sebagai tepung roti, mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal & elastik. Sesuai untuk membuat roti & bun.


Pau flour / Hong kong flour
- Juga dikenali sebagai water lily flour. Tepung ini sangat halus & putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis & kuih muih yang lain.



Wholemeal / wholewheat flour
- Merupakan tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti & bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake & muffin.



Corn flour
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.


Sumber gambar : Google

Ini pula tepung Red Rose atau dikenali juga sebagai tepung biskut (oooo...gituuu...)



Tepung Rose atau Tepung Biskut 
- Rose Flour  ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tiidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jika sukatan tepung jagung  itu tidak terlalu banyak.Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Elok kalau dibuat Biskut Almond London .



Tepung Sagu 
-  Terdiri dari tepung yang glute-free. Dibuat dari bahagian tengah pohon sagu.Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.



Tepung Optima 
-Dikenal  Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan moxer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.


\


Custard powder
- Dikenali sebagai tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan & mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.


 



Tepung Hoen Kwe 
- Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-paket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan Puding.

Tepung Biskut Marie 
-Sejenis tepung yg selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daripada biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehinga betul-betul halus.
Zie tambah sikit :)



Tepung Kanji Kentang 

Zie gunakan untuk memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang @ goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkan lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak setahu zie tepung terigu sama dengan tepung berprotein tinggi - tepung terigu bahasa Indonesia.


Tepung Atta

- Paling ketara sekali sebab tepung nie warna coklat. Ia dibuat dari serat gandum yang tak hancur. Kalau nak guna, pleaseee jangan ayak! nanti kek akan jadi berat. Biasanya, bila nak guna tepung nie, kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.

Biasa Zie beli untuk buat Roti Puri 


Tepung Kacang Hijau


- Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung Gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket berwarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung Hoen Kwee juga tepung kacang yg diimport dari Indonesia untuk membuat kueh tako.

No comments:

Post a Comment