bahan2 :
3 pokok batang keladi
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
2 sudu besar ikan bilis
3 sudu besar cili giling
11/2 sudu teh pes asam jawa
1 inci belacan
2 batang serai
3 tangkai daun kesum
3 cawan air
Sedikit minyak utk menumis
Gula dan Garam secukup rasa
Cara2 :
Batang keladi disiat ckit kulitnya dan dipotong. Kemudian direbus sebentar dan toskan airnya. Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Serai dketuk. Daun kesum diambil daun dan pucuknya.
Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling, belacan ikan bilis dan serai. Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air.
Bila mendidih masukkan batang keladi. Masak lagi dan masukkan daun kesum. Biarkan sebentar Perasakan dengan gula dan garam. Agak2 dh nk mendidih lagi bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment