Pages

Saturday 28 February 2015

PETUA NENEK


Assalamualaikum...


Hari ini saya nak share beberapa petua masakan yang saya search dalam internet nie untuk rujukan kawan-kawan (Petua neneK-nenek kita)


A. MENGGORENG TAUHU TIDAK LEKAT
    - Taburkan garam halus di permukaan dan di bawah tauhu sebelum menggoreng


B-MEREBUS TELUR TIDAK RETAK
  -Masukan beberapa asam keping ke dalam rebusan dan rebus dengan api sederhana


C-PETUA HILANGKAN PAHIT PERIA
    - Potong peria dan campurkan garam halus dan rendamkan selama 25 minit...angkat dan toskan peria sedia di masak.




D.CILI MESIN BOLEH TAHAN LAMA

Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. 





E.MENGHARUMKAN BAWANG TUMIS 

Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya ... 




7. Sayur Celur Kelihatan Segar 

Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat. Selamat mencuba ..


8. Petua Kerang mudah dibuka/kopek

Campurkan sesudu minyak masak di dalam air rebusan kerang yang direbus, sekejap saja kerang akan terbuka sedikit drngan sendirinya. Cubalah ...




 9. Hilangkan Hanyir Ikan Keli 

Rendamkan ikan keli yang sudah disiang ke dalam air sagu lebih kurang 5 - 10 minit. Selepas itu basuh ikan keli tersebut dengan air bersih. Ikan keli tersebut tidak akan berbau hanyir apabila dimasak. 



10. Menghilangkan Rasa Pedih Ketika Mengupas Bawang 

Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang. Simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan. Bawang akan lebih mudah dan cepat disiangkan selepas dikeluarkan dari peti sejuk.
atau;
Pedih mata boleh juga dielakkan dengan cara mengupas bawang di dalam air.






Paru Sambal

Bahan-Bahannya :-
1/2 kilo Paru  

(yang telah direbus & dipotong ikut size sederhana nipis)
3 ulas bawang kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji bawang besar (1 biji utk kisar & 1 biji dipotong bulat)
2 senduk nasi cili boh / cili kisar 
3 sudu besar air asam jawa
1 inci belacan
Garam & gula secukup rasa
Sedikit kunyit

Cara Membuatnya :-

  • Gaulkan sedikit garam dan kunyit pada paru yg telah direbus dan dipotong nipis. Panaskan minyak dan goreng paru separa masak. Angkat dan ketepikan
  • Kisarkan cili boh bersama bawang besar dan belacan hingga halus. 
  • Panaskan kuali & minyak dengan api sederhana. Tumiskan bawang putih & bawang merah hingga naik bau. Tambahkan bahan kisar, garam & gula. Tumis hingga cili garing.
  • Kemudian masukkan air asam jawa. Rasa jika kurang boleh tambahkan garam / gula.
  • Akhir sekali masukkan paru & bawang besar potong bulat. Kacau hingga sebati semuanya.
  • Padamkan api dan hidangkan bersama nasi panas. 

Pan Cakes




RESIPI FROM FB






Resipi2 ini saya dapat dari Facebook saya satukan buat rujukan diri sendiri dan kawan2 semua..

APAM KAMPUNG



Bahan A 
  • 1/2 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn gula pasir*
  • 2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)
Bahan B
  • 1 sudu Yis mauripan
  • 1/2 cwn air suam
Bahan C
  • 2 cwn tepung gandum
  • secubit garam
Cara-Cara
  1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
  2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.(boleh masukkan ke dalam loyang atau acuan kecil.(lompang)
  5. Kemudian kukus lebuh kurang 15 minit- 20 minit.
  6. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi  ke dlm acuan. Biar sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20 


Selamat Menjamu Selera


COKLAT MOIST LAYER CHEESE








Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkaN

sELAMAT MENJAMU SELERA

KEK COKLAT MOIST


Assalamualaikum

Kek coklat kek yang paling digemari dalam keluarga..
Lagi2 dengan ditambah dengah coklat yang meleleh...pasti terliur...
Resipi ini saya pelajari daripada kawan saya Maria Aziz yang memang terkenal dengan keknya dikalangan kawan-kawan saya.
Terima kasih kerana tunjuk ajarmu SIFU...





KEK COKLAT MOIST 


Bahan A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C ( Topping )

1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-caranya :

Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus.

Cara-cara membuat topping :

Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping.






TUTORIAL SWISS ROLL








MARTABAK ROTI CHEESY

Mertabak Roti Cheesy.
Bahan-bahannya
✦ 12 keping roti Gardinier
✦ 1 biji bawang besar dipotong dadu
✦ 2 ulas bawang putih potong halus
✦ 1 paket daging hancur(Ramly burger)
✦ 1 biji cili merah potong halus
✦ 3 1/2 sudu besar rempah KARI

✦ 1 biji ubi kentang dipotong dadu
✦ 5 biji telur
✦ 2 cawan susu segar
✦ 1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.
Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3- Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama  30 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.





KEK SARANG SEMUT

RESEPI KEK SARANG SEMU
========================
Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
cara memasak
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan.Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.
2. Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam.Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.




KEK Japanese Cheese Cake

Assalamualaikum...
Resipi ini saya dapat dari Facebook...satu satukan dalam blog ini untuk simpanan saya dan rujukan kawan-kawan semua...dengan harapan resipi ini tak hilang .tengok gambar aje rase terliur plak...Anis masih belum berkesempatan untuk membuatnya.

Resepi Japanese Cheese Cake

smile emoticon
Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Bahan-bahan :
-175ml susu cair
-175g cream cheese
-75g mentega
-40g tepung gandum
-10g tepung jagung
-5 butir kuning telur
-5 butir putih telur
-100 gula pasir
-1/2 sudu teh cream af tartar
-75g keju parut
-2 sudu teh coklat paste
-esen vanila
Cara-Cara
Panaskan susu cair dan cream cheese, adun rata. Masukkan mentega, tepung gandum dan tepung jagung, adun rata. Masukkan kuning telur dan esen vanila, adun sebati dan ketepikan.
Pukul putih telur, gula pasir dan cream of tartar hingga kaku. Ambil sedikit adunan putih telur dan satukan ke dalam adunan kuning telur, kemudian masukkan ke dalam putih telur, adun sehingga rata semula. Masukkan keju parut.
Ambil sedikit adunan, masukkan coklat paste, adun rata. Tuang adunan ke dalam loyang oval, tuang adunan coklat dan lorekkan menjadi bentuk marble.
Bakar di dalam oven dengan cara au bain marie selama 45 minit atau sehingga masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.



KEK CARROT



KEK CARROT


Bahan-bahan ( 1 biji kek )
2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
Cara-cara
1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.
~ SeLaMaT MeNCuBa ~ smile emoticon

AYAM MASAK HIJAU @ BERLADO

Assalamualaikum...

Hari nie terdetik pula nak share dgn kawan-kawan semua resipi dari dapur saya...(Dapur Anis)
Kekadang bukan apa suri rumah macam saya nie...kekurangan idea untuk masak sbb dah hari2 memasak sehingga pening tak tahu nak masak apa.
Justeru itu saya cuba menyelesaikan masalah kawan2 semua.Mudahan resipi ini memberi idea dan menyelesaikan masalah kawan-kawan .

kali ini saya nak share resipi Ayam masak hijau @ berlado..cuba la yea
Resipi Ayam Masak Hijau@ berlado..
Dari: Dapur Anis
1/2 ekor ayam dipotong kecil( dibasuh dan ditoskn)
sedikit garam serta perasa
sedikit kunyit serbuk
1/4 cwn cili api ditumbuk atau kisar
Sedikit belacan ( saya tambah)
2 biji bwg besar dihiris kasar
Beberapa ulas bawang Putih( dikisar)
Gula Dan Garam
sedikit myk utk menggoreng
Cara:
1. ayam digaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.ketepikan
2. panaskan kuali goreng ayam sehingga masak dan garing sedikit...angkat ketepikan
3. dgn myk yg berbaki sedikit masukan rempah Tumis dan bahan2 yang dikisar dan kacau rata sehingga cili masak.
4. Masukan garam ,gula serta serbuk perasa.gaul rata
5. Masukan bwg besar kacau rata.kemudian masukan ayam goreng tadi.kacau rata.biar cili serata dgn ayam
Selamat Menjamu selera.
6. tutup api.angkat.sedia utk dihidangkan...

AYAM MASAK UNGKEP

AYAM MASAK UNGKEP


Resipi ini resipi orang Jawa...Lauk ini kegemaran kami sekeluarga.Anak saya yang kecik umur 4 tahun bertambah2 nasi kalau ada lauk nie...cuba try test...dulu suami saya x pernah makan lauk nie sebelum kahwin..setelah saya perkenalkan lauk nie...menjadi lauk Fav dia...

Jom Kita share2 resipi
Resipi Ayam Ungkep menjadi kegemaran Kami sekeluarga...

Ayam Ungkep ( Jawa)
Oleh:Dapur Anis 

Bahan-bahan:
1 kg ayam -
perap dg garam & kunyit
2 batang serai - dititik
3 cawan air
1/4 kotak santan - ( pilihan)
Garam/gula/perasa pilihan
1/2 keping asam keping -( pilihan)
Minyak masak

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
Sejemput serbuk ketumbar
Sejemput serbuk jintan manis
Sejemput serbuk jintan putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
15 biji cili padi @ cili kering

Cara cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.

2. Masukkan serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.

3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.

4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

Selamat Menjamu selera




KUIH KASWI

Resipi Kuih Kaswi
Loyang saiz 10” x 10”
Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam
Cara cara:
Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.
Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.
Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam.
Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.


KARIPAP RANGGUP

RESIPI KARIPAP RANGGUP

BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air (  guna air sejuk yang dalam peti ais)
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.


Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (Along guna inti keledek+daging).
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
(Along goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).

Nota: Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.
Untuk Inti Keledek
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam
Cara-caranya
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

RESIPI KACANG POOL


KACANG POOL
1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
1 kg daging - dikisar
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 inc halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa
Bahan Dimakan Bersama
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu
Limau nipis





Terima kasih Keluarga Earwan kerana sudi bersarapan dirumah saya...

Jangan serik datang lagi...