Pages

Tuesday 7 April 2015

HOMEMADE TAKOYAKI

RESEPI HOMEMADE TAKOYAKI

Bahan-bahan



250g tepung takoyaki (kalau guna tepung gandum tambah sedikit garam dan gunakan dashi penganti air) *dashi = air rebusan fish flakes.
2 biji telur
700ml air
Bahan Isi
tako(sotong) - direbus dan dipotong kecil
kubis - dicincang halus
daun bawang (optional) -potong halus
Bahan Topping
mayonis
sos okonomiyaki - (Worcestershire sauce pun boleh kalau susah nak jumpa yg boleh makan)
Katsuobushi@fish flakes@ikan parut
serbuk nori halus
Cara-cara
Campurkan semua bahan2
Kacau hingga tak berketul
Panaskan acuan takoyaki dan sapu minyak sikit
Tuang adunan tepung ke dalam acuan(separuh acuan).
Masukkan bahan2 isi ke dalam tepung.
Tuang lagi adunan tepung hingga menutupi isi
Tunggu hingga bahagian bawah keras sedikit kemudian balik2kan sehingga jadi bulat dan keperangan. (gunakan lidi)
Taburkan fishflakes, sos okonomiyaki, mayonis dan serbuk nori.
Makan waktu panas sangatlah sedap!!

STOK AYAM BUATAN SENDIRI

ini perkongsian Chef Ustazah :
Anda suka menggunakan Stok Ayam / Stok Tulang dalam masakan anda? Anda ragu-ragu dengan sumber-sumber Stok yang ada di pasaran. Dari mana dan bagaimana haiwan itu disembelih menjadi tandatanya. Siapa yang menyediakannya?. Jika anda ragu-ragu/ syubhah apakata buat sendiri air stok anda. Hidup tanpa makanan haram dan Syubhah adalah lebih menyakinkan.
Motto Chef Ustazah Cepat, Lazat, Berkhasiat, Jimat Lagi Berkat. 

Resepi Air Stok Ayam Chef Ustazah

Bahan-bahannya :

Tulang Ayam/ tulang Lembu/ Leher atau Kaki Ayam
Air secukupnya
Halia 2 inci diketuk-ketuk
2 biji bawang besar dipotong 4
2 ulas bawang putih dimayam
Kayu manis 2
Buah pelaga 3
2 sudu garam
2 biji Tomato di potong 6
2-4 biji kentang potong 4
4 helai Daun bay.
Akar-akar : spt akar daun ketumbar, akar daun pudina, akar daun sup dibasuh bersih
Kulit carot yang dikupas.
3 sudu serbuk lada putih/ lada hitam.

Cara-cara :

Semua Bahan di atas di rebus. Tapis semua bahan dan ambil airnya sahaja. Guna untuk memasak atau disimpan di dalam freezer.
Sebaik-baiknya direbus dengan api yang kecil 5 jam. Jika anda ingin simpan lama di dalam freezer. Bungkus 1 plastik 1 plastik. Senang bila nak guna keluarkan sahaja dan panaskan.
Boleh juga direbus hanya sejam sekiranya ingin terus digunakan.
Stok ayam boleh digunakan untuk buat Mee Sup, Mee Rebus, Tomyam, masak Nasi Ayam, Nasi Minyak, Nasi Arab dll. Boleh buat Mushroom Sup dan lain-lain kuah sup.
Nasi Arab Chef Ustazah, nampak menyelerakan sungguh !!

Sumber rujukan :Facebook'


KEK KEJU MELELEH

KEK KEJU MELELEH
Bahan-bahannya
150gram tepung gandum
70gram tepung jagung
120gram gula
2 biji telur
70ml fresh cream atau susu segar
1 penutup esen vanila
74gram butter atau majerin yang dicairkan
1/2 sudu besar ovallete
2 sudu kecil baking powder

(1/2 sudu krim cheese ) ni tak letak pun takpe ( ros saje letak utk tambah rasa cheese dlm kek ni nnt)
untuk sos keje meleleh
150gram cream cheese ( disarankan guna philidelphia cream cheese)
150ml fresh cream @ whipping cream @ heavy cream
5 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil jus lemon
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder ketepikan, kalau nak ayak dua kali pun boleh, digalakkan, kemudian pecahkan 2 biji telur dalam bekas adunan, putar telur hingga berbuih baru masukkan gula, putar hingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan ovallete ( jika tak letak ovallet pun takpe boleh gantikan dengan satu sudu plain yogurt atau 1 sudu kecil soda bikarbonat, jika letak soda bikarbonat kena ayak dlm adunan tepung tu ya).
3. kalau nak asing putih telur dan kuning telur pun boleh, putih telur dipukul dengan separuh kuantiti gula dan jadikan meringue dan separuh lagi kuantiti gula di campur dengan kuning telur dan dipukul kembang.
4. Selepas itu masukkan satu penutup esen vanila, putar lagi, kemudian masukkan 1/2 sudu krim cheese ( ni klu tak nak letak pun takpe, ros saje letak supaya menambahkan lagi rasa cheese dlm adunan kek) , putar sebati semuanya.
5. Masukkan tepung yang di ayak tadi, berselang seli dengan fresh cream @ susu segar, ulang langkah tadi sehingga tepung dan fresh cream habis, pastikan semua bahan sebati dan tidak berketul.
6. Masukkan pula butter @ marjerin yang telah dicairkan, putar sebati seperti rajah 6a.
7. Adunan ni ros bahagi dua, satu bahagian ros biarkan warna asal dan satu lagi ros campurkan dengan 3 sudu besar serbuk koko dan 3 sudu besar susu segar, kacau sebati, tuang adunan di dalam bekas alumunium atau loyang kek bulat atau petak.
8. Bakar pada suhu 170c ke 180c selama 30minit atau sehingga permukaan kek perang. suhu oven bergantung pada kesesuaian oven masing2 ya, nak kukus pun boleh, jika kukus lebihkan masa 15minit.
Buat Sos Keju Meleleh pula
9. Masukkan cream cheese dan susu pekat manis di dalam bekas adunan, kemudian masukkan fresh ceram, putar dengan kelajuan tinggi sehingga semua bahan sebati, pastikan adunan tidak terlalu kental, cukup sekadar creamy, akhir sekali masukkan 1 sudu kecil jus lemon. putar lagi, jika tidak manis, boleh tambahkan lagi susu pekat manis, kemanisan ikut selera masing2 ya.
10. Pastikan sos keju meleleh mulus dan tidak berketul seperti rajah 10.
Cara Melapis Kek Keju Meleleh ( ros buat dua lapis, bawah vanila atas rasa coklat)
11. Potong dua kek yang siap dibakar tadi, ( pastikan kek betul2 sejuk baru dipotong ya) kemudian masukkan kembali di dalam acuan alumunium, tuangkan sos kejeu meleleh tadi dan lapiskan atasnya dengan kek vanila atau kek coklat, jadinya akan jadi dua rasa lah, tak mahu buat berlapis pun takpa, boleh potong dua kek tadi dan sapukan rata sos krim keju meleleh tadi.
12. Sapukan rata krim keju meleleh dan lapiskan dengan kek perisa vanila atau coklat, curah baki krim sos keju meleleh tadi lagi atas kek dan hias ikut kreativiti masing2 ya, nak parut cheeddar cheese pun boleh, ros cuma taburkan serbuk milo, coklat chipdan guna sos coklat sahaja, bergantung pada bahan sedia ada di dapur masing2 ya.





Resepi Daging Bakar Sempoi

Resepi Daging Bakar Sempoi
Bahan-bahan:
2 keping daging batang pinang yg telah dipotong selebar tapak tangan
1 sudu serbuk kunyi
Garam secukup rasa
Kicap manis
Sos tiram
serai
Cara menyediakan:
1. Perap daging bersama semua bahan-bahan tadi lebih kurang 2 jam
2. Lepas tu bole la panggang daging tu mengunakan pemanggang ajaib
3. Panggang di atas dapur gas selama 30-40 minit- bergantung kepada ketebalan daging tu
4. Sambil tu kena balik-balikan daging tu
5. Setelah masak bole la dihiris nipis-nipis n dihidang bersama air asam dan nasi panas
Kalau tiada pemanggang ajaib, anda boleh bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama 1 jam. Pastikan anda memeriksa daging tersebut agar tidak terlalu masak.



8 Resipi Mudah Untuk Detoks

8 Resipi Mudah Untuk Detoks

1. OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.



2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.




3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.





4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.


5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.


6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU
Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.




7. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.


8. TIMUN+ LIMAU + LEMON
Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.







RESEPI CHAR KUEY TEOW PENANG

RESEPI CHAR KUEY TEOW PENANG

UNTUK PASTE
200 gm udang






UNTUK PASTE
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
# UTK MEE #
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
UTK PASTE-
1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE-
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
2. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

KHASIAT KACANG BENDI

KHASIAT KACANG BENDI

1. Sayur kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.
2. Namun terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini. Buahnya dikatakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.
3. Sementara biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.
4. Bahkan ada orang mengamalkan makan bendi kerana dikatakan mampu mengurangkan masalah sukar bersalin.
5. Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.
6. Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.
7. Dikatakan kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.
Selamat mengamalkan.






AIR ASAM BERKERISIK

AIR ASAM BERKERISIK 



Bahan-Bahannya:
** 3 biji cili merah 
** 15 cili api 

** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.

Cara-caranya:
Di dalam lesung, tumbuk bahan ** hingga lumat.
Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja aje.
Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
Masukkan bahan tumbuk, gaul rata.
Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
Hidangkan bersama ikan bakar... Memang sedap....


DIY FRUIT