Pages

Wednesday 1 April 2015

BUTTERMILK

BUTTERMILK

Ramai antara kita yang tersilap kerana menyangka Buttermilk mengandungi butter dan susu berlemak tinggi. Sebenarnya buttemilk tidak mengandungi butter sama sekali dan kandungan lemaknya lebih rendah daripada susu biasa.

Kaedah penyediaan buttermilk secara tradisional terhasil daripada proses pembuatan butter. Rasanya pula seakan yogurt atau susu masam dan di negara barat, kebiasannya mereka meminumnya sejuk. Ia lebih pekat daripada susu tapi tidak sepekat krim. Daripada 1 gelen susu yang diproses hanya dapat menghasilkan 1/2 pint buttermilk.

Kaedah komersial pula menghasilkan buttermilk melalui  penggunaan cultured bakteria keatas proses pasturised susu yang dibiarkan selama 12 hingga 14 jam pada suhu rendah (69F). Penghasilannya pula ada yang bergaram dan ada juga yang tidak bergaram. Tapi kebanyakkan buttermilk yang dijual mengandungi garam.

Untuk mendapatkan buttermilk di pasaraya atau dikedai menjual bahan kek adalah agak sukar. Ini adalah kerana buttermilk tidak tahan lama dan mudah rosak. Bagaimana pula jika kita inginkan buttermilk tapi agak sukar mendapatkannya di pasaran? Jangan bimbang kerana kita boleh membuatnya sendiri di rumah. Cara membuatnya cukup mudah dan tidak sampai berapa minit kita sudah  boleh menggunakannya.
  
Terdapat 3 kaedah untuk menyediakan buttermilk

Kaedah 1 : Dengan mencampurkan susu bersama jus lemon

Caranya :
1 cawan susu
1 sudu besar jus lemon

Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah ia mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.




Kaedah 2 : Dengan mencampurkan susu bersama cuka makanan

Caranya :
1 cawan susu
1 sudu besar cuka makanan

Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.




Kaedah 3 : Menggunakan Krim Tenusu / Dairy Wipping Cream ~ Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream




Putar Krim tenusu / Dairy Whipping Cream (Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream)  hingga ia kental. Proses ini sama seperti kaedah penyediaan krim. Teruskan memutar sehingga ia akan mencair semula, dan terpisah 'seperate'. Hasil dari pengasingan ini  menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan).

Cecair yang putih-kekuningan itulah buttermilk dan boleh digunakan dalam pembuatan kek yang memerlukan buttermilk. Pepejal kuning yang terhasil pula adalah butter. 

Pastikan anda lebih berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.

Mudahkan penyediaan buttermilk. Sekarang dah tak perlu susah hati bila tidak menjumpai buttermilk di pasaran. Terpulang pada anda untuk memilih kaedah penyediaan yang mana yg dirasakan paling mudah dan menjimatkan. 

Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat.
Antara resepi yang menggunakan Buttermilk


No comments:

Post a Comment