Bahan A
- 1/2 cwn gula merah*
- 1/2 cwn gula pasir*
- 2 cwn air*
- 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)
Bahan B
- 1 sudu Yis mauripan
- 1/2 cwn air suam
Bahan C
- 2 cwn tepung gandum
- secubit garam
Cara-Cara
- Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
- Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
- Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
- Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.(boleh masukkan ke dalam loyang atau acuan kecil.(lompang)
- Kemudian kukus lebuh kurang 15 minit- 20 minit.
- Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
- Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi ke dlm acuan. Biar sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20
Selamat Menjamu Selera
No comments:
Post a Comment